Label Cloud

Monday, August 11, 2008

Penulis blog Penarik Beca ditahan




Penulis blog Penarik Beca ditahan-Berita Harian

KUALA LUMPUR: Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata perbuatan itu disifatkan satu penghinaan kepada pasukan polis dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

“Dia (Abu Bakar) ditahan kerana menyiarkan logo PDRM dalam blognya dengan meletakkan gambar anjing menggantikan harimau pada logo itu. Kita memandang serius perbuatan itu,” katanya selepas menutup Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2007/2008 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras di sini, semalam.


Dibawah artikel bersangkutan :

Kenapa tak usik Raja Petra?

Saya pernah siarkan gambar di sebelah dalam posting bertajuk "Tunjuk pinggul kepada PAS". Cerita selanjutnya di sini.

Sebelum ini, Raja Petra Kamarudin mendedahkan:

Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm.....ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?

Menurut Raja Petra, Web Power didalangi oleh raja sindiket jenayah terancang bernama BK Tan. Beliaulah yang membuat presentation mengenai Web Power kepada Ketua Polis Negara. Lebih menarik lagi, salah seorang pengarah Web Power ialah Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib (proksi?). Bertambah menarik, apabila Raja Petra menyatakan, anak Ketua Polis Negara yang bernama Khidir Musa berkerja dengan Web Power.

Bagaimana pula Web Power mendapat lubuk duit itu? Menurut Raja Petra:

Pada mulanya, PDRM menolak cadangan Web Power tetapi Ketua Polis Negara campur tangan dan beliau sendiri yang menyokong cadangan Web Power itu melalui suratnya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Malaysiakini semalam melaporkan Musa nak saman pulak. Patut lama dah dia saman Raja Petra. Kenapa tak saman?

Hai.. Kalau P Ramlee masih hidup, tentu di kata, banyaknya pelakon berbakat sekarang.

No comments: