Label Cloud

Thursday, February 23, 2006

NST: Susah Sangatkah Untuk Berhemah?

Akhbar NST sudah mengetahui kartun Non Sequitur oleh Wiley Miller, yang diterbitkannya pada 20 Februari 2006 telah menjadi polemik yang agak kurang enak kepada sebahagian orang. Mungkin benar ia merupakan kartun yang terbuka kepada tafsiran yang boleh menjadi enak dan boleh pula menjadi negatif.

Namun mengapa pengurusan NST mengambil keputusan untuk menyiarkan sekali lagi pada 22 Februari 2006 bersama dengan artikel yang mempertahankan penerbitannya dan juga menyerang orang lain yang memberi pandangan.

Jika pengurusan NST bijak tentulah ia sekadar menulis "NST memohon maaf jika kartun yang disiarkan pada 20 Februari 2006 lalu menimbulkan rasa kurang senang sebahagian masyarakat. Bukan niat kami untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atau agama. Kami amat kesal atas apa yang berlaku."

Malangnya seperti kata Datuk Zainuddin Maideen bahawa tindakan menyiarkan sekali lagi kartun yang menjadi kemarahan sesetengah pihak selepas penerbitan pertamanya pada 20 Februari lalu merupakan tindakan yang tidak bijak dan menjurus kepada provokasi.

Jika sidang editorial NST diuruskan oleh mereka yang memahami sensitiviti masyarakat Malaysia tentulah ia tidak akan berlarutan sebegini. Terpulanglah kepada pemegang saham NSTP, jika mereka gembira dengan situasi ini kerana ia akan terus melariskan akhbar maka kekalkanlah pengarang-pengarang yang tiada erti budi bahasa ini.

Oleh Kunta Kinte Malaysia (demokrasimalaysia@yahoo.com)

No comments: