Label Cloud

Saturday, May 6, 2006

Avenue Capital

Pengumuman penggabungan Avenue Capital Resources Bhd. (ACRB) dan ECM Libra Bhd. (ECM Libra) bagi membentuk Avenue International Capital Bhd. (AICB) sungguh mengelirukan. Saya menulis mengenai isu penggabungan dengan niat supaya kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan memberi penjelasan yang jelas kepada orang ramai. Apa yang ditulis di dalam tulisan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya dalam urusan perniagaan namun inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai. Justeru jika pandangan saya tidak tepat mohon dibetulkan.

Saya tidak ada masalah untuk anak, menantu, sahabat handai, adik beradik kepada sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar mahu pun sesiapa sahaja untuk berniaga, mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. Namun urusniaga hendaklah dilakukan dengan tertib, jujur dan tidak merugikan harta dan khazanah negara.

Read More...